Kucing pertama yang kami bela berwarna kelabu dan berjantina jantan.Badannya sungguh besar sekali sehingga sedap untuk dipeluk,ketika memeluknya rasa seperti memeluk patung beruang.Ekornya panjang.Kami semua amat menyanyanginya terutama sekali abang saya.Dia membawa kucing tersebut menemani dia tidur pada setiap malam.Jika kucingnya itu tidak balik ke rumah pada malam itu,dia akan mencarinya di luar sehingga jumpa.Tempoh kami membela kucing tersebut agak panjang.Namun pada satu hari yang sungguh menyedihkan,kucing tersebut telah mati dilanggar kereta.Kami berasa sungguh sedih kerana kami amat menyayanginya.
Selepas itu,kucing seterusnya yang kami bela ialah bobo berjantina jantan,dan tina berjantina betina.Kami mengambil mereka dari jiran nenek saya di kampung padan.Bobo berwarna putih berbelangkan hitam dan tina bewarna-warni dan kedua-dua mereka berekor panjang.Ketika kami membelanya,mereka masih kecil berperangai kebudak-budakkan .Mereka sungguh nakal,mereka suka bergurau-gurau antara satu sama lain sehingga jatuh semua perhisaan ibu saya di rumah.Walau bagaimanapun,kami semua amat menyayangi mereka kerana mereka sungguh manja dan pandai mengambil hati kita semua.Kami masih membela mereka sehingga sekarang.
Tetapi malang sekali bobo dan tina tidak dapat menerima kehadiran Husssein dan selalu menyerang Hussein.Dan akhirnya Hussein hilang tanpa dapat dikesan sehingga sekarang.Saya amat merinduinya dan memimipikannya pada setiap malam pada ketika itu.Saya berasa sungguh sedih.
Ia sangat menggemari ayam dan menjadi tidak betul apabila membau ayam.Beliau juga sangat comel dan hanya manja ketika ingin meminta makanan.Kesimpulannya kami sekeluarga amat menyayangi semua kucing yang kami bela.Bagi saya kucing yang saya amat sayangi ialah Hussien yang hilang itu.