Friday, 29 July 2011

Pengalaman di Pusat Tusyen


Kehidupan sebagai seorang pelajar sekolah menengah amat menarik walaupun agak penat.Banyak pengalaman pahit manis yang kita perolehi.Antaranya ialah kenangan ketika berada di pusat tusyen.Ketika berada di sekolah menengah,saya mula mengambil kelas tusyen ketika saya berada ditingkatan 2.Saya disuruh oleh ibu saya sendiri untuk pergi ke Pusat Tusyen Martin yang terletak di pudu.Walaupun pusat tusyen ini terletak agak jauh dari rumah dan sekolah saya,ibu saya tetap mahu saya mengambil kelas tusyen di sini kerana kakak saya juga mengambil kelas tusyen ditempat ini juga.Dia yang mengesyorkan saya masuk kelas itu kerana pusat tusyen ini sangat bagus kerana terdapat banyak pendidik yang berbakat dan mengajar dengan cara yang pantas.Tempat tusyen ini terdapat banyak kaum cina dan india berbanding kaum melayu.



Kelas tusyen ini amat membantu saya dalam pelajaran.Terdapat ramai guru disana yang amat saya gemari,iaitu guru yang mengajar subjek matematik,Mr.Kung,beliau banyak mengajar cara-cara pintas untuk menyelesaikan masalah matematik.dan pembelajarannya juga amat menarik,laju serta tidak membosankan.








Selain itu,subjek sains,Ms Geetha.Beliau mengajar dengan begitu pantas sehingga membuatkan mata kami semua sungguh besar dan menumpukan sepenuhnya dengan apa yang beliau ajar pada hari itu.







                                                                    
  




  Seterusnya,subjek sejarah,Sir Ahmad.Beliau adalah satu-satunya guru yang membuatkan saya faham apa itu sejarah,beliau membuatkan saya mencintai subjek sejarah,dan beliau juga lah yang membuat saya mendapat A dalam subjek ini dalam PMR dan SPM.






Selain itu, bahasa inggeris,Mr.Ganesan .Beliau pandai megajar subjek ini dengan sungguh menarik sekali. Beliau sungguh kelakar dengan gayanya yang tersendiri dan sering member teka- teki kepada kami semua.







Ditingkatan 4 pula saya mengambil subjek fizik oleh Sir Syed Anwar Al Junid.Saya mengambil subjek fizik untuk ke kelas tusyen kerana fizik pada mulanya amat susah untuk memahaminya,setelah pergi ke pusat tusyen martin,beliau membuatkan subjek itu lebih mudah dengan cara pembelajarannya yang amat berkesan serta nota-nota yang padat.





 Saya juga mengambil subjek matematik tambahan oleh Sir.Umaas  kerana saya mengalami tekanan untuk belajar subjek itu secara keseorangan.Setelah pergi ke pusat tusyen,saya lebih memahami matapelajaran tersebut sehingga membuatkan saya jatuh cinta terhadap matematik tambahan dan membuatkan saya sentiasa mendapat A dalam matapelajaran ini dari ujian pertama tingkatan 4 hingga ke SPM.








Ditingkatan 5 pula saya menambah subjek biologi dan juga kimia oleh Mr.Razazu.Saya amat mengagumi kepandaian beliau.Beliau mengajar semua subjek sains meleputi biologi,fizik dan juga kimia.Saya amat gemar cara pembelajarannya serta nota-nota yang disediakan amat membantu.









Pelbagai pengalaman pahit manis ulang alik ke tempat tusyen dengan menaiki LRT dan juga bas.Amat seronok perjalanan pergi balik ke tempat tusyen dan juga menuntut ilmu di sana.Saya amat merindui waktu belajar ditempat tusyen dan saya amat menghargai waktu-waktu tersebut.Saya juga amat berterima kasih kepada semua guru-guru tusyen yang membantu saya dalam pembelajaran sehingga menjadi seorang pelajar cemerlang.Saya amat menghargainya.

3 comments:

  1. Sir Anwar Al-junid is the best physics tutor ever!

    ReplyDelete
  2. Jika anda berada di sekitar Johor Bahru bolehla menghubungi Teacher niesa utk home tuition Physics dan Math(SPM).Sains dan Math (UPSR dan PMR)Tutor berpengalaman menanda kertas SPM.Tips dan teknik menjawab akn diberika percuma dari semasa ke semasa di dlm kelas.T.kasih

    Org2 JB boleh hubungi
    0193584312

    ReplyDelete
  3. Jika anda berada di sekitar Johor Bahru bolehla menghubungi Teacher niesa utk home tuition Physics dan Math(SPM).Sains dan Math (UPSR dan PMR)Tutor berpengalaman menanda kertas SPM.Tips dan teknik menjawab akn diberika percuma dari semasa ke semasa di dlm kelas.T.kasih

    Org2 JB boleh hubungi
    0193584312

    ReplyDelete