Saturday, 30 July 2011

Kucing...

Kucing merupakan satu makhluk ciptaan Tuhan yang sangat istemewa dan sungguh comel.Bulunya juga membuatkan semua tekanan yang kita hadapi hilang serta merta ketika mengusap bulunya itu.Bulu kucing terdapat pelbagai warna.Ramai di dunia ini yang gemar menjadikan kucing sebagai binatang perliharaan mereka.Begitu juga dengan keluarga saya. Kami membela kucing sejak saya kecil lagi.Setiap kami amat menyayangi kucing.



Kucing pertama yang kami  bela berwarna kelabu dan berjantina jantan.Badannya sungguh besar sekali sehingga sedap untuk dipeluk,ketika memeluknya rasa seperti memeluk patung beruang.Ekornya panjang.Kami semua amat menyanyanginya terutama sekali abang saya.Dia membawa kucing tersebut menemani dia tidur pada setiap malam.Jika kucingnya itu tidak balik ke rumah pada malam itu,dia akan mencarinya di luar sehingga jumpa.Tempoh kami membela kucing tersebut agak panjang.Namun pada satu hari yang sungguh menyedihkan,kucing tersebut telah mati dilanggar kereta.Kami berasa sungguh sedih kerana kami amat menyayanginya.





Selepas itu,kucing seterusnya yang kami bela ialah bobo berjantina jantan,dan tina berjantina betina.Kami mengambil mereka dari jiran nenek saya di kampung padan.Bobo berwarna putih berbelangkan hitam dan tina bewarna-warni dan kedua-dua mereka berekor panjang.Ketika kami membelanya,mereka masih kecil berperangai kebudak-budakkan .Mereka sungguh nakal,mereka suka bergurau-gurau antara satu sama lain sehingga jatuh semua perhisaan ibu saya di rumah.Walau bagaimanapun,kami semua amat menyayangi mereka kerana mereka sungguh manja dan pandai mengambil hati kita semua.Kami masih membela mereka sehingga sekarang.



Sementara membela mereka,kami cuba mengambil satu lagi kucing dari sepupu saya yang amat menyayangi kucing.terdapat berbelas-belas ekor kucing yang berbaka amerika di rumah mereka.Memberi member kucing yang berwarna hitam,berbulu lebat dan telinganya keras,ada sedikit lengkok ditelinganya.Nama yang diberi kepadanya ialah Hussein.








Pada hari mengambilnya dari rumah sepupu saya,di dalam kereta,ia kelihatan sungguh takut sehingga terbuang air besar di tangan kakak saya.Setelah membawa nya pulang,kami segera membasuh najis itu.Saya amat menyayangi Hussein.Saya selalu membawanya menemani saya tidur pada setiap malam.Ia sungguh manja dan sering mengurut-ngurut badan saya terutama sekali pada bahagian kepala.Walaupun kukunya agak tajam,namun saya berasa sungguh sedap.






Tetapi malang sekali bobo dan tina tidak dapat menerima kehadiran Husssein dan selalu menyerang Hussein.Dan akhirnya Hussein hilang tanpa dapat dikesan sehingga sekarang.Saya amat merinduinya dan memimipikannya pada setiap malam pada ketika itu.Saya berasa sungguh sedih.



Pada hari ini,kami masih membela kucing yang didapati dari sepupu saya yang tadi juga.Kami menamakannya sebagai cheecky.Ia berbulu lebat,berwarna coklat seperti kayu,berbelang hitam,berekor panjang.












 
Ia sangat menggemari ayam dan menjadi tidak betul apabila membau ayam.Beliau juga sangat comel dan hanya manja ketika ingin meminta makanan.Kesimpulannya kami sekeluarga amat menyayangi semua kucing yang kami bela.Bagi saya kucing yang saya amat sayangi ialah Hussien yang hilang itu.

1 comment:

  1. New slot machines in Pennsylvania - JTM Hub
    Pennsylvania online 남원 출장안마 slot machines in PA, D.C. & beyond. Come 시흥 출장안마 in 김천 출장샵 and win cash 포천 출장안마 prizes! New slot machines in PA, D.C., D.C., 창원 출장안마 D.C., D.C., D.C. and beyond.

    ReplyDelete