Saturday 30 July 2011

Hari Anugerah Kecemerlangan SPM 2010

Hari penyampaian anugerah kecemerlangan SPM merupakan satu penghargaan kepada diri saya serta rakan-rakan yang lain kerana berusaha gigih dalam menduduki peperiksaan SPM.


Hari anugerah tersebut berlangsung pada 8 April 2011 di dataran sekolah iaitu,Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Jaya.Ibu bapa juga dijemput untuk menghadiri majlis tersebut.Pada hari itu,saya ditemani oleh ibu kesayangan saya hadir pada majlis tersebut.Saya berasa amat terharu kerana diberikan penghargaan sebegitu.








 Anugerah tersebut disampaikan oleh pengetua sekolah saya,Puan Hajah Fadzilah bt Ibrahim.Ketika menerima anugerah tersebut daripada beliau,saya serta rakan yang lain diberi trofi serta sijil,dan pengetua mengucapkan tahniah kepada saya.Saya berasa sungguh terharu.Saya merasakan amat berbaloi berusaha gigih demi mencapai keputusan yang cemerlang dan dihargai oleh semua pihak termasuk pengetua,guru-guru serta ibu bapa dan kaum keluarga.





Setelah majlis penerimaan anugerah itu tamat,kami semua disediakan jamuan.Setelah itu,kami bersama pengetua diambil gambar formal untuk diletakkan pada majalah sekolah.



Seterusnya,saya mencari guru-guru yang mengajar saya untuk mengucapkan terima kasih kerana mengajar saya sehingga mendapat anugerah kecemerlangan SPM. 










Guru-guru saya berasa amat terharu dan mengucapkan tahniah kepada saya.Sebenarnya,tanpa bantuan mereka,saya tidak layak untuk mendapat anugerah tersebut.Terima kasih cikgu! 
















Selepas itu,saya mengambil gambar dengan guru-guru saya untuk dijadikan kenangan.Secara kesimpulannya anugerah tersebut amat bermakna kepada saya kerana ia merupakan satu penghargaan yang tidak terhingga.


 

No comments:

Post a Comment