Tuesday 26 July 2011

Memori di sekolah menengah


Sekolah merupakan satu pengalaman hidup yang amat bermakna dalam hidup seseorang.Di sekolah lah kita menimba ilmu,mencari rakan,menimba pengalaman,dan bermacam-macam lagi.Jika ditanya pada sesorang yang sudah lewat usianya,mereka mesti mengatakan kehidupan di sekolah lah yang amat mereka rindui. Bagi saya pula,kenangan yang paling indah ialah ketika berada di sekolah menengah kerana ketika ini usia kita sedang meningkat remaja dan banyak perubahan dari segi fizikal dan mental yang kita alami seperti akil baligh,kematangan minda,berdikari dan sebagainya.Ketika saat ini juga hormon kita telah berubah seperti minat pada lelaki dan sebaliknya.Pelbagai pengalaman yang kita akan hadapi pada waktu usia ini. Saya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Jaya.Sekolah ini terdiri dari 4 bangunan.


Ketika berada di tingkatan satu,perubahan itu belum dapat dirasai lagi.Bagi saya,tingkatan yang amat bermakna dalam hidup saya ialah ketika berada di tingkatan 4 dan 5. Ketika berada di tingkatan 4,saya baru menemui rakan karib yang saya selesa dan kami berkongsi minat yang sama,iaitu Rozainasha,Ashifa dan Aqilah.Kami sering berborak,belajar bersama-sama dan berkongsi minat yang sama.Kami amat meminati muzik korea serta dramanya seperti Super Junior,Shinee,Dbsk,Mblaq dan banyak lagi.Bagi drama pula seperti boy's over flower,skungkyuwan skandal,you're beautiful dan bermacam-macam lagi.Kami sering meluangkan masa bersama dengan menceritakan semua hal hiburan korea ini.Memang pada usia sebegini hormon minat pada lelaki telah ada,dan setiap seorang dari kami ada lelaki idaman palsu,iaitu artis korea.Bagi saya,saya amat meminati Lee Taemin,Rozainasha pula ialah Donghae,Ashifa Kim Junsu dan Aqilah pula ialah Kim Jaejoong.Saya amat merindui saat kami meluangkan masa bersama.Walaupun kami amat meminati hiburan tetapi kami juga tidak pernah lupa untuk mengulangkaji pelajaran.Kami sering mendapat kedudukan kelas yang cemerlang.







LEE TAEMIN!!

Semasa di tingkatan 4 juga saya mula memasuki koir.Pada mulanya saya tidak suka kerana perlu menyanyi di hadapan khalayak ramai,tetapi setelah dipaksa oleh guru kelas yang amat saya sayangi,Puan Halimah Adam Khan,saya melibatkan diri juga.Setelah itu,saya berasa amat puas dan ingin melakukannya sekali lagi.Di tingkatan ini juga,saya melibatkan diri dalam Public Speaking secara berkumpulan,iaitu satu kelas yang bertemakan kemerdekaan.Ini merupakan satu pengalaman yang amat menarik.Pada tahun itu juga saya menjadi pengawas koperasi sekolah.Memanglah tugas ini amat penat tapi amat seronok menjaga koperasi kerana dapat melihat pelbagai kerenah budak-budak di tingkatan 1 dan 2 yang mengingatkan saya ketika berada di tingkatan itu.

Ditahun akhir di sekolah,kami telah membuat pelbagai experiment bagi subjek biologi,fizik dan juga kimia.Pada saat inilah kami semua merasa pengalaman memakai Lab Coat.



Di kelas,saya dikenali dengan panggilan Cikgu Addmath kerana ramai rakan saya menanyakan soalan addmath kepada saya jika mereka tidak dapat menyelesaikan sesetengah soalan.Ketika berada di bangku sekolah,saya berasa sangat gembira kerana pada waktu pagi,ibu sentiasa menyediakan sarapan pagi beserta dengan air horlick ataupun milo. Saya datang ke sekolah pada setiap pagi dengan rasa gembira dan tidak sabar-sabar untuk menuntut ilmu,berjumpa dengan rakan-rakan dan mengharap agar dapat menimba pengalaman baru.
Saya amat menyayangi guru-guru di sekolah saya terutama sekali guru subjek matematik tambahan,Puan Halimah Adam Khan,Encik Anuar Kamaruddin,guru subjek biology,dan Puan Shaliza.Saya juga amat mengagumi pengetua sekolah sya,iaitu Puan Hajah Fadzilah bt Ibrahim kerana beliau kesemua kata-kata beliau amat benar dan tidak membosankan ketika berucap didataran.



Saya amat merindui saat kami semua berkumpul.Peperiksaan SPM juga merupakan memori yang indah bagi saya kerana setelah beberapa tahun bersekolah dan akhirnya kami menamatkannya..Saya amat merindui saat saya berada di bangku sekolah dan berharap agar kehidupan di Universiti jauh lebik baik dari kehidupan disekolah serta memberi saya pengalaman yang baru.



2 comments: