Tuesday 26 July 2011

Hari Guru 2010

Hari guru merupakan hari penghargaan tanda terima kasih kepada semua guru didunia ini kerana mencurahkan jasa yang tidak ternilai.Hari guru di Malaysia disambut pada tarikh 16 Mei.Semua sekolah di negara ini menyambut hari guru secara serentak pada tarikh tersebut.Di sekolah saya,Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Jaya,kami menyambut hari yang penuh bermakna ini hanya di dataran sahaja.Walau bagaimanapun,hari guru disekolah saya disambut dengan penuh meriah kerana berbagai-bagai acara dilaksanakan yang melibatkan guru-guru pada hari tersebut.


Sebelum melaksanakan acara tersebut,pengetua sekolah kami menyampaikan utusan dari menteri pendidikan dan lain-lain lagi.Selepas itu,bermacam-macam acara yang menarik telah dilakukan.Guru-guru juga ada juga yang menonjolkan bakat yang terpendam seperti bermain alat muzik dan ada juga yang menyanyi.Kami semua sungguh tidak sangka bahawa guru-guru kami yang bijak pandai ini ada bakat yang terpendam.Kami berasa sungguh bangga kerana mempunyai guru seperti mereka.


Selepas acara tersebut tamat,seterusnya acara penyampaian anugerah khas kepada guru-guru kami.Anugerah ini terdiri daripada berbagai-bagai kategori iaitu guru paling dedekasi,guru paling manis senyuman,guru paling ayu,guru paling lawak dan sebagainya.Anugerah ini diberi berdasarkan undian daripada para pelajar sendiri seminggu sebelum berlangsungnya hari guru dan akan diambil kira. 


Selepas berlangsungnya hari guru didataran,saya bersama rakan sekelas mengadakan jamuan hari guru dikelas kami pula.Kami menghias kelas kami dengan belon dan menyediakan kek serta pelbagai jenis hidangan untuk menjadi santapan para guru yang kami sayangi.Kami menjemput semua guru yang mengajar kelas kami serta pengetua.Mereka semua berasa terharu dengan apa yang telah kami lakukan.


Selepas tamat jamuan tersebut,kami memberi setiap mereka hadiah yang sederhana sahaja tetapi mereka sangat menhargai pemberian kami itu.


Saya merasakan hari guru yang penuh bermakna kepada semua guru diseluruh dunia.Hari ini merupakan hari penghargaan kepada kalangan guru semua.Tetapi,bagi saya,setiap hari ialah hari guru kerana kita hendaklah sentiasa menghargai jasa guru setiap hari kerana tidak kedekut untuk berkongsi ilmu,dan memilih kerjaya yang penuh mulia ini.TERIMA KASIH CIKGU!!



No comments:

Post a Comment