Tuesday 26 July 2011

Hari Graduasi Sekolah Menengah

Semua pelajar tidak kira di sekolah menengah mahupun sekolah rendah akan melaksanakan hari graduasi bagi pelajar tahun akhir.Pengalaman graduasi ialah pengalamn yang paling indah dan merupakan tandanya kita telah menamatkan sesi persekolahan setelah 11 tahun.Selama sebelas tahun ini pelbagai ilmu yang telah kita perolehi dan ianya sangat berguna dan mendatangkan faedah pada kita semua.

Hari graduasi yang melibatkan pelajar tingkatan 5 pada sesi 2010 ialah pada tarikh 22 Oktober 2010.Tarikh ini amat bermakna pada diri saya serta rakan-rakan yang lain kerana setelah 11 tahun menuntut ilmu di sekolah,akhirnya kami menamatkannya pada tahun itu dan akan melanjutkan lagi pelajran kami di peringkat universiti.Hari graduasi pada tahun lepas menggunakan warna hijau sebagai tema.Semua guru memakai baju bewarna hijau.Manakala,setiap kelas pula ad warna temanya yang tersendiri.Bagi kelas saya,5 Alfa warna ungu menjadi pilihan kami.Sebulan sebelum berlangsungnya hari yang penuh bermakna ini,kami semua sibuk mencari pakaian yang cantik untuk dipakai pada hari graduasi itu.


Sehari sebelum berlangsungnya hari itu,kami semua berdebar-debar sehinggakan ada yang tidak dapat melelapkan matanya pada malam itu.Setelah pagi hari graduasi menjelma,kami dikehendaki berkumpul pada jam 7 pagi.Semua pelajar yang terlibat kelihatan cantik-cantik dan kacak-kacak belaka dengan baju baru.Pelajar perempuan memakai baju kurung yang berbagai-bagai fesyen disertakan dengan tudung yang bermacam-macam warna.Pelajar lelaki pula segak belaka dengan baju kemeja serta tali leher yang menonjolkan kematangan mereka semua.

.Hari graduasi kami berlangsung di dataran sekolah.Kami semua disediakan khemah untuk menunggu giliran kami untuk mengambil sijil dari pengetua.Semasa pemberian sijil,guru-guru kelas kami member pelbagai jenis pantun yang menusuk dikalbu.Setelah selesai pemberian sijil,kami semua mengambil gambar untuk dijadikan kenangan pada masa hadapan.Saya telah mengambil gambar dengan banyak sekali sehingga dapat dimuatkan dalam 5 buah album




Pada hari itu juga ada kelas yang melaksanakan jamuan kelas mereka.Hari itu merupakan hari yang amat bermakna bagi saya serta rakan yang lain kerana memberi maksud bahawa kami bukan lagi pelajar sekolah dan akan melanjutkan pelajaran di peringkat universiti yang penuh dengan cabaran serta berdikari.Dan saya tidak sabar untuk terlibat pada graduasi untuk mengambil sijil diploma yang akan datang pula,InsyaAllah~!




Pada hari ini semua sibuk mengambil gambar untuk dijadikan kenangan,begitu juga dengan saya.Banyak gambar yang diambil dengan rakan sekelas,sekolah,guru-guru serta ibu bapa.















 Semua berasa bangga dengan sijil yang kami semua dapat
dan kami amat menghargainya. Semua sibuk mengambil gambar dengan sijil beserta jubah dan juga topi.

No comments:

Post a Comment